Repair kipas tak nak pusing
Kipas tak pusing?
Ada beberapa sebab, antaranya
- kapasitor rosak
- thermal Overload dah rosak/ putus
- bearing problem
- bushing dah rosak
Kapasitor rosak
Kerosakan kapasitor (pemuat) adalah yang biasa berlaku. Kesannya dapat dilihat apabila pusingan kipas menjadi lambat dari yang sepatutnya. Misalnya, nombor 3 ditekan, pusingan adalah seperti nombor 1. Ada juga keadaan, kipas perlu dipusing dengan tangan batu ia boleh berpusing. Adakalanya kapasitor tidak rosak sepenuhnya tetapi nilainya menjadi kurang. Contohnya nilai tandaan adalah 1.5Mfd tetapi bila diukur bacaan sudah mrnjadi 0.9Mfd. Bila didapati nilainya kurang, ianya perlu ditukar untuk mendapatkan kelajuan yang baik. Antara alat yang boleh digunakan untuk mengukur bacaan kapasitor adalah seperti dibawah,
Sekarang pun dah ada pelbagai multimeter yang turut boleh digunakan untuk mengambil bacaan kapasitor.
Thermal overload rosak/ putus
Overload ini kebanyakannya diletakan ditempat susah capai. Kesilapannya menyebabkan kerosakan serius kepada bahagian pendawaian lain. Ada baiknya jangan diusik dibahagiab dalamnya.
Kerosakan Overload ini dapat dikesan andainya tiada terasa gerakan lansung pada kipas apabila suisnya dihidupkan.
secara asasnya litar kipas adalah seperti dibawah :-
Thermal Overload/fuse adalah fius haba yang akan putus apabila suhu dalaman litar naik melebihi had. Sambungannya adalah diantara wire neutral bekalan dan kapasitor. Dengan binaan sebegini, apabila ia rosak/ putus, wire bypass boleh disambungkan terus dari wire neutral ke kaki kapasitor. Sekiranya pusingan kipas terbalik, ubah sambungan ke kaki kapasitor. Rujuk sambungan 1 atau 2 seperti gambar dibawah.
buatkan sambungan seperti dibawah, perhatikan pusingan kipas, sekiranya pusingan adalah terbalik, ubah kepada kesambungan 2
sambungan 2, dibuat hanya mengubah sambungan dari neutral kekaki kapasitor, seperti dibawah :-
setelah selesai, ikat sambungan dengan baik dan tutupkan kembali penutup bahagian belakang kipas,
perlu diingat, penyambungan ini, sekiranya rosak lagi, kemungkinan besar akan menyebabkan pendawaian dalaman kipas.
Bearing problem
Bushing rosak



