Ubahsuai kawalan peti sejuk (refrigerator) kepada kawalan digital

Kami diberikan peti sejuk (refrigerator) yang biasa digunakan untuk meragakan (display)  air minuman dikedai-kedai. Alat kawalannya adalah secara Analog dan tiada indicator yang menunjukkan bacaan suhu semasa secara digital. Kami diminta untuk mengubah suai alatan tersebut supaya dapat mengawal suhu secara digital dan menunjukkan bacaannya dalam bentuk digital.

Bentuk peti sejuk trsebut adalah seperti dibawah. Modelnya MDRZ434FGG30 jenama Midea.


wiring asal peti sejuk tersebut adalah seperti dibawah. 
.


Pengubahsuaian terhadap litar kawalan adalah melibatkan

- penambahan digital temperatue controller

- penambahan kipas angin dibahagian bawah dalam chiller untuk memastikan angin tersebar lebih rata.

ubahsuai dibuat pada tempat ditandakan dengan bulatan hijau seperti dibawah :-

Apa yang dibuat adalah thermostat dibuang, dan ditukar dengan digital temperature control jenama Dixell,  pendawaian pada blower akan ditambah satu kipas tambahan (6" x 6") yang diletakkan di bahagian rak bawah dalam chiller.




Sambungan pada temperature controller

Power supply : 240VAC pada pin 6 dan 7 ( kami dibekalkan dengan versi 220VAC)

Sensor : pada pin 1 dan 2

Suis kompressor : pada pin 8 dan 9.

Konsep kerja
Temperature control ini akan memeriksa suhu semasa melalui sensor (pin 1dan 2)  dan akan menghidupkan/ mematikan kompressor melalui suis 8 dan 9.

Cara setting (program)
Set temperature difference
- Tekan "set" + "V" 5 saat
- tekan  "V" sehingga "Hy" keluar
- tekan "set" keluar nombor sekarang 
- tekan butang "v" atau " sehingga nilai diingini.
- tekan "set"
Biarkan beberapa saat sehingga ia kembali ke suhu semasa.

nota :

digital controller XR02CX pandangan dari arah litar sambungan


manual bagi temperature control


peti ais tersebut telah berjaya diubah untuk beroperai diantara suhu 7C dan 8C.

Pertanyaan: 019 - 684 5689 ( msj sahaja)



Popular posts from this blog

Oximeter

Repair kipas tak nak pusing